160 perintis Tingkatan Enam di universiti masuk UKM, USM

FADHLINA Sidek (dua dari kiri) bergambar selepas Majlis Pelancaran dan Simbolik Penyerahan Koleksi Komik Wira Anti Rasuah di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 160 pelajar Tingkatan Enam menjadi kumpulan pertama yang akan masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi program rintis yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program melibatkan 100 pelajar di UKM dan 60 pelajar di USM itu merupakan permulaan ke arah memperkasa pendidikan prauniversiti di institusi pengajian tinggi awam.

Katanya, inisiatif tersebut di­mulakan di dua universiti terlebih dahulu bagi menilai keberkesa­nan pelaksanaan sebelum diperluaskan ke kampus-kampus lain.

“Daripada segi komitmen kami untuk meningkatkan kualiti dan martabat pendidikan tingkatan enam, program-program seper­ti ini diyakini dapat memberi manfaat besar kepada pelajar,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Simbolik Penyerahan Koleksi Komik Wira Anti Rasuah di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pen­didikan mengumumkan pe­laksanaan Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam bermula tahun ini bagi lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Mengulas lanjut, Fadhlina ber­kata, segala persiapan rapi te­lah dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan kelancaran kemasukan pelajar serta perjalanan program terbabit.

“Guru-guru dari Kementerian Pendidikan akan ditempatkan se­cara khusus di universiti ber­kenaan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut silibus tingkatan enam.

“Bagi pihak KPM, kami sudah bersedia. Guru-guru kami juga telah bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran UKM dan USM,” katanya.

Sementara itu, KPM akan me­lakukan siasatan berhubung insiden seorang murid sekolah rendah dimarahi dan dimalukan gurunya dengan video tersebut turut tular di media sosial.

Menurut Fadhlina, pihak­nya mengambil tanggungjawab se­penuhnya berhubung insiden itu kerana ia memberikan impak besar kepada masyarakat.

“Rakaman yang ditularkan memberi impak besar terhadap masyakarat namun perkara ini masih di dalam siasatan.

“Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk beri tumpuan kepada isu ini supaya kita dapat terus mengingatkan semua tentang integriti dan etika guru,” katanya mengulas mengenai video tular memaparkan seorang murid sekolah menangis dimarahi gurunya di kantin sebuah sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN