Thailand serius tamat konflik wilayah selatan

WAN MUHAMMAD NOOR MATHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Kerajaan Thailand tidak pernah menutup pintu rundingan de­ngan wakil kumpulan pejuang bagi menamatkan konflik di Selatan Thailand yang berlarutan lebih 21 tahun bagi memastikan kepentingan dan hak masyarakat Melayu di tiga wilayah terbabit terus terjamin.

Penasihat dan pemantau Dialog Damai Selatan Thailand bagi pihak Kerajaan Thailand, Wan Muhammad Noor Matha berkata, namun proses rundi­ngan antara kerajaan dan wakil kumpulan pejuang termasuk Barisan Revolusi Nasional Melayu

Patani (BRN) perlu dilaksanakan berlandaskan kerangka undang-undang dan Perlembagaan Thailand.

Beliau berkata, kerajaan juga komited memastikan proses dialog berkenaan terus menjadi saluran bagi mencari penyelesaian secara aman, tanpa menjejaskan kedaulatan dan keselamatan Thailand.

“Kerajaan Thailand tidak pernah menutup pintu run­dingan dalam usaha mencapai keamanan di tiga wilayah bergolak iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani.

“Sebaik sahaja identiti mereka (kumpulan pemisah) diketahui, mesti ada peluang untuk dialog. Bagaimanapun rundingan ini mesti berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Thailand,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, BRN Melayu Patani tetap de­ngan pendirian untuk menuntut autonomi secara menyeluruh sebagai jalan penyelesaian kon­flik di wilayah Selatan Thailand.

Seorang bekas pemimpin tertingginya berkata, jika terdapat sebarang rundingan dengan kerajaan Thailand selepas ini bertujuan meredakan ketega­ngan di kawasan itu, BRN tetap berpegang kepada pendirian untuk mendapatkan autonomi.

Mengulas lanjut, Wan Muhammad Noor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perdana Menteri Thailand berkata, Panel Dialog Damai Kerajaan Diraja Thailand (PEDP/RTG) yang dike­tuai Thanat Suwannano dijangka mengadakan mesyuarat teknikal pada bulan depan.

Katanya, mesyuarat itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar konflik di Selatan Thailand secara menyeluruh dan berdasarkan fakta, bukannya bersandarkan spekulasi semata-mata.

“Selepas itu, rundingan rasmi boleh diadakan seawal Oktober atau bulan berikutnya,” katanya.

Beliau berkata, langkah berkenaan menunjukkan ko­mitmen kerajaan untuk meneruskan proses dialog damai secara tersusun dan mencari penyelesaian yang dapat di­terima semua pihak.

Sebelum ini media melaporkan siri insiden keganasan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani sejak malam Sabtu lalu.

Serangan merangkumi pe­ngeboman, pembakaran pe­ja­bat dan kenderaan kerajaan, le­tupan menara telekomunika­si, rompakan dan mencederakan orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN