Pada 26 Ogos 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Ia merupakan remaja bawah umur pertama di negara ini menerima hukuman sedemikian. Remaja tersebut yang namanya tidak diumumkan atas arahan mahkamah, didapati bersalah kerana memiliki secara haram sepucuk pistol browning dan 20 butir peluru.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 26 Ogos 1971 – Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bertindak melancarkan tabung derma bagi penubuhan Universiti Islam di negara ini.
- 26 Ogos 1972 – Hakim Datuk Abdul Hamid Omar mencadangkan supaya permohonan untuk menjadi seorang peguam perlulah dibuat dengan menggunakan Bahasa Malaysia dan tidak lagi menggunakan Bahasa Inggeris.
- 26 Ogos 1977 – Satu projek perintis tanaman padi secara moden yang menggunakan jentera bakal dilancarkan di kawasan seluas 500 ekar di Paya Ganchong, Pekan, Pahang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










