Iran sifatkan video AI Trump mengenai Pulau Kharg melucukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Seorang pegawai Iran menyifatkan hantaran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump  memaparkan klip video dijana kecerdasan buatan (AI) yang didakwanya menunjukkan hab minyak di Pulau Kharg hancur, sebagai amat melucukan.

Beberapa jam selepas hantaran Trump pada Ahad, tiada bukti menunjukkan Pulau Kharg telah diserang.

“Pulau Kharg sedang hancur berkecai!!! Presiden DJT,” tulis Trump menerusi platform Truth Social pada Ahad tanpa memberikan butiran lanjut.

Rumah Putih dan Jabatan Pertahanan AS juga tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan.

“Hantaran Trump itu menggelikan hati dan keadaan di Pulau Kharg tenang serta terkawal.

“Operasi minyak tidak terhenti dan para pekerja sedang sibuk membaiki kerosakan terdahulu serta menaik taraf kemudahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Minyak Kebangsaan Iran milik kerajaan, Hamid Bovard dalam kenyataan yang dipetik Nournews, media separa rasmi yang mempunyai hubungan rapat dengan badan keselamatan tertinggi Iran.

Hantaran Trump itu dibuat tidak lama selepas AS dan Iran kembali berbalas serangan buat kali pertama sejak akhir Julai, sekali gus menjejaskan lagi harapan untuk penyelesaian awal terhadap konflik yang kini memasuki bulan keenam.

Perkembangan itu turut mendorong harga minyak meningkat hampir dua peratus pada Isnin.

Tentera AS pada Ahad memaklumkan menyerang dua pelancar Iran di Pulau Larak, kira-kira 660 kilometer di timur Pulau Kharg, mendorong Teheran bertindak balas dengan menyerang dua pangkalan AS di Jordan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN