Pendaki nyaris maut selepas berdiri sebelah kaki di tebing sempit

ROB MARTIN terperangkap di tebing batu. - Pasukan Mencari dan Menyelamat Pejabat Syerif Daerah Mono
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki yang mendaki banjaran gunung Sierra Nevada di California hampir berdepan maut selepas terperangkap di tebing batu selebar hanya 15.4 sentimeter pada ketinggian lebih 3,000 meter.

Pendaki berpengalaman, Rob Martin ketika itu sedang memanjat Mendenhall Couloir ia­itu sebuah laluan lurah di lereng Gunung Laurel yang curam dan berisiko tinggi disebabkan struktur batuan longgar yang kerap tidak stabil.

Menurut laporan San Francisco Chronicle, laluan yang dilalui Martin itu tidak mempunyai sebarang penanda laluan rasmi.

Kesilapan besar berlaku apabila beliau tersasar daripada laluan asal semasa ekspedisi ber­kenaan pada Sabtu lalu. 

“Tersasar dari laluan asal akan membawa pendaki ke kawasan rupa bumi kelas kelima yang semakin menegak, sukar dilindungi dan  tiada jalan selamat untuk memanjat mahupun turun,” kata sukarelawan Pasukan Penyelamat dan Carian Daerah Mono menerusi hantaran di Facebook.

Mengimbas detik cemas sewaktu operasi menyelamat, Martin memberitahu NBC News mengenai tekanan mental dan fizikal yang dialaminya ketika terperangkap.

“Tangan saya mula kekejangan. Bahagian kaki adalah yang paling sukar kerana hanya sebelah tapak kaki dapat berpijak pada tebing itu,” kata Martin.

Laporan The New York Times mendedahkan bahawa pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam mencari lokasi Martin selepas dimaklumkan oleh pejabat syerif.

Pasukan penyelamat akhir­nya mendengar suara jeritan meminta bantuan dari satu arah di gunung itu.

Sebaik sahaja lokasi pendaki berjaya dikesan. Anggota penyelamat mendapati beliau mengimbangkan berat badan  dari sebelah kaki ke sebelah kakinya yang menyebabkan beliau mengalami kekejangan teruk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN