Sanggup bayar mahal untuk elak beli barang AS

RAKYAT Kanada kini sanggup membayar lebih untuk barangan keluaran tempatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Langkah mengelak daripada menggunakan produk dan perkhidmatan keluaran Amerika Syarikat (AS) daripada sektor teknologi, minuman keras, hingga kepada  penerbangan udara kini memaksa ramai rakyat Kanada mengamalkan gaya hidup baharu.

Bagi  seorang mekanik diesel dari Thunder Bay, Ontario, William McDonald barangan buatan tempatan sentiasa menjadi pilihan utamanya meskipun terpaksa menanggung kos per­belanjaan mingguan yang lebih tinggi.

“Sebaik sahaja Presiden AS, Donald Trump mula melaksanakan tarif  pada Februari tahun lalu, saya terus memulakan langkah memboikot barangan AS. 

“Usaha mengelak produk AS telah meningkatkan kos sara hidup saya, tetapi saya tetap gembira melakukannya.

“Begitu juga dengan barangan dapur yang meningkat kira-kira CAD$50 seminggu (RM144), tetapi anda hanya perlu beker­ja lebih sejam untuk menampungnya,” tambah McDonald.

Beliau turut menyamakan tindakan Trump terhadap Kanada seperti ‘pembuli’ di kawasan sekolah yang menjerit dan menghentak kaki apabila tidak mendapat reaksi ketakutan warga Kanada yang dijangkakannya.

Minggu ini, AS mengenakan tarif sebanyak 50 peratus ke atas barangan Kanada. 

Perdana Menteri Canada, Mark Carney berikrar akan membalas tindakan tersebut ‘dolar demi dolar’ susulan kegagalan rundingan perdagangan antara kedua-dua negara sebelum ini. 

Trump kemudian bertindak balas  pada Khamis dengan me­­ngarahkan kerajaan persekutuan untuk menukar nama Tasik Ontario kepada Tasik Amerika.

Tindakan drastik tersebut menyemarakkan lagi kempen boikot secara meluas terhadap barangan dan perkhidmatan AS oleh rakyat Kanada sebagai maklum balas terhadap perang dagang dan ancaman presiden AS berkenaan untuk menguasai negara jiran di utara itu.

Lebih 3,500 penduduk dari seluruh Kanada berkongsi dengan portal The Guardian menerusi tinjauan dalam talian mengenai perubahan gaya hi­dup yang telah mereka lakukan bagi menentang pendirian politik dan ekonomi pentadbiran AS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN