DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin menafikan dakwaan Teheran menyasarkan sebuah pangkalan yang menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dengan peluru berpandu, selepas memaklumkan pihaknya memintas sebuah dron Iran di ruang perairannya.
“Laporan media mengenai serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Udara Al Minhad adalah tidak berasas,” kata Kementerian Pertahanan UAE dalam satu kenyataan di platform X.
Sebelum itu pada Isnin, Iran mendakwa pihaknya menyasarkan pangkalan berkenaan menggunakan berpuluh-puluh dron serangan.-AFP










