Lelaki pukul warga emas guna batang besi direman tujuh hari

SUSPEK yang didakwa memukul warga emas dengan menggunakan sebatang besi di Jalan Perak pagi semalam direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang lelaki tempatan direman tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kes pukul membabitkan seorang warga emas dengan menggunakan sebatang besi di Jalan Perak, di sini, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurhanisah S.H. Sahul Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, suspek yang berusia 62 tahun dipercayai telah memukul mangsa yang berusia 80 tahun dengan menggunakan sebatang besi ketika mangsa sedang berada di hadapan rumahnya.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan dan kaki serta terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang tinggal berjiran.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN