Syurga makanan Thai di Chakri Village

AWG MOHD ZULKARNAIN @Zack (kanan) bergambar bersama NUR AIRYNA SOFEA (tengah) dan Nik Norshahira Nik Hasarisam menujukkan antara menu Chakri Village * SHAHERA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penggemar makanan Thai di negara ini ramai, terutamanya tomyam dan somtam tetapi sebuah premis makanan Thai yang terkenal di negara ini, Restoran Chakri Village menawarkan selera asli pelbagai menu daripada negara berkenaan.

Sebagai contoh, tomyam yang ditawarkan di restoran ini menawarkan kelainan, tetapi masih mengekalkan cita rasa makanan Thai.

Tomyam dalam kelapa dengan udang galah pastinya mengujakan kerana menggunakan ramuan daripada negara Gajah Putih itu.

Selain tomyam, Chakri Village juga menawarkan makanan berasaskan ikan masak steam.

Pengurus Restoran Chakri Village yang beroperasi di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya Awang Mohd, Zulkarnain Yunos berkongsi mengenai keunikan menu tomyam restoran berkenaan memberitahu, tomyam Chakri Village mengetengah cita rasa asli selera Thai kerana ramuannya daripada negara berkenaan.

 

 

 

Sebagai makanan signature Thai, terdapat tiga jenis tomyam yang ditawarkan iaitu tomyam putih , tomyam jernih (tomyam clear) dan tomyam merah.

“Tomyam ini disajikan dengan udang galah, dapat meningkat selera, diletak dalam buah kelapa muda yang mencetuskan aroma buah berkenaan, paling menambat selera. Tomyam jernih dan merah paling disukai,” ujarnya.

Kata Awang Mohd. Zulkarnain lagi, Chakri Village menawarkan beberapa menu pilihan kepada pelanggan, sama ada mereka datang berkeluarga untuk empat dan lapan orang selain mencadangkan makanan pembuka selera seperti miang kham, platter chakri village, kek ikan dan popia sayur.

Miengkham Chakri Village terdiri daripada daun kaduk, kelapa kering, udang kering bawang cili padi, halia , limau , kacang dan sos.
Selain tomyam, Restoran selera Chakri Village juga menyediakan menu berasaskan ikan seperti tenggiri rangup dan siakap kukus limau.

Sebenarnya Chakri Village menyediakan banyak menu ala carte bagi mereka yang datang berseorangan atau bersama keluarga.

Selain menu seperti tomyam udang galah, menu lain juga tidak kurang menambat selera.

Menu seperti kek ikan, popia sayur dan kerabu mangga serta ikan tenggiri rangup pastinya menjulang selera termasuk untuk hidangan tengah hari.

Bagi yang mengutamakan makanan ikan laut, tenggiri rangup dan telur dadar isi ketam serta siakap kukus limau dan cili mungkin menyebabkan kecur air liur apabila dinikmati panas-panas.

 

Begitu juga ikan siakap goreng rangup sos masam manis yang perlu nikmati, manakala penggemar daging dengan sos ketumbar dan cili sotong bakar dengan sos makanan laut memberi beberapa lagi pilihan kepada penggemar makan laut yang merupakan sajian tidak mengecewakan.

Bagi yang memilih menu tengah hari, ada beberapa set lunch yang tentunya menggamit selera antaranya termasuklah kari hijau ayam bersama nasi, bihun tomyam sup makanan laut, sup tulang bersama nasi, ikan keli berlado bersama nasi wajar menjadi pilihan menikmati juadah tengah hari.

Selain itu, tauhu petai bersama na­si,daging masak kicap bersama nasi, tomyam makanan laut bersama nasi, udang masak lemak bersama cili, Thai mince chicken
atau Thai mince beef iaitu ayam atau daging cincang dengan cili dan daun selasih dan biasanya dimakan bersama nasi dan telur mata dengan tawaran dessert red ruby water, chessnut dan kelapa laut, antara sajia yang mesti dicuba.-

 

 

 

Chakri Village juga tidak melu­pakan peminat menu berasaskan ayam dengan mena­warkan nasi ayam goreng rangup.

Pen­dek kata, mana-mana pe­ngunjung yang seleranya sedikit cerewet pastinya sentiasa dilayan di Chakri Village kerana makanan di sini memahami pilihan selera setiap masa ‘tetamunya’.
Namun, berkunjung ke Chakri Village juga memerlukan membuat tempahan awal, kerana tempat duduk sentiasa penuh, apatah lagi jika datang bersama keluarga.

 

Restoran ini selalunya sesak dengan pelanggan pada hujung minggu dan menjadi pilihan makan tengah hari pada hari bekerja antara pukul 12 hingga 3 petang.

 

 

“Mereka (pengunjung) disarankan buat tempahan awal bagi mengelak tiada tempat duduk,” ujar Awang Mohd. Zulkarnain.
Oleh itu itu pengunjung disarankan membuat tempahan demi keselesaan mereka.

Penggemar makanan Thai yang mengutamakan rasa masam, manis, dan pedas tetapi tidak menggu­nakan bahan perisa wajar menjadikan Chakri Village sebagai destinasi pilihan selera yang menyajikan masakan tanpoa menggunakan MSG.

Jadikan Chakri Village destinasi selera anda, bersantai sambil menikmati makanan pilihan selera Thai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN