WHSK takluk Liga Kronos Tranung 2026

PASUKAN bola sepak Wing Hawk Soccer Kids (WHSK) dinobatkan sebagai juara musim kedua Liga Persahabatan Kronos Tranung Kategori Bawah 12 Tahun dalam kejohanan yang berlangsung lebih sebulan di padang awam Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Wing Hawk Soccer Kids (WHSK) mengungguli musim kedua Liga Persahabatan Kronos Tranung Kategori Bawah 12 Tahun dalam kejohanan bola sepak yang berlangsung lebih sebulan di padang awam Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu.

WHSK membenam cabaran tujuh lagi pasukan akademi bola sepak akar umbi di sekitar Terengganu dengan mengumpul 18 mata maksimum dalam kejohanan berbentuk liga itu yang melabuhkan tirainya, Sabtu lalu.

Lebih manis, kejuaraan itu diraih selepas mara ke pentas final sebelum akur sebagai naib johan  Karnival Sukan Perpaduan Kominiti Pekan Wakaf Tapai 2026 di Marang, bulan lalu.

Pengurusan WHSK menyifatkan kemenangan itu sebagai kejayaan bersama para pemain, jurulatih, pengurusan, ibu bapa, penaja dan seluruh keluarga besar WHSK yang tidak pernah jemu meluangkan masa, memberi semangat, sokongan serta doa sepanjang perjalanan pasukan itu.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada pelatih-pelatih WHSK untuk terus belajar, berusaha dan melangkah lebih jauh menerusi usaha, disiplin, komitmen serta semangat juang dalam menempuh cabaran masa hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN