Penyatuan ummah, persiapan PRU agenda Muktamar Pas

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Usul penyatuan ummah dijangka menjadi antara agenda utama yang diketengahkan semasa Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini bermula 4 September ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gesaan supaya parti itu membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Ke-16 (PRU-16) turut dijangka dibahaskan.

Katanya, isu pilihan raya itu mempunyai kaitan dengan gabungan penyatuan ummah yang sedang digerakkan ketika ini.

“Bagaimanapun, senarai usul yang diterima untuk dibahaskan atau diterima tanpa bahas belum dimuktamadkan. Perkara itu ditentukan dalam mesyuarat Pas, Khamis ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat persiapan akhir Muktamar Pas Kali Ke-72 di PUTIK, hari ini.

Takiyuddin berkata, persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 kini sudah memasuki fasa akhir dan  mencapai 90 peratus.

“Secara rasminya hari ini mesyuarat terakhir jawatankuasa. Tetapi esok dan lusa kita akan ada raptai sepenuhnya. Hari ini saya nak tengok apa-apa lagi yang belum siap sepenuhnya, kita akan selesaikan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN