Lima kedai sederet hangus

Kedai hangus
PASUKAN bomba memadam kebakaran membabitkan lima kedai sederet dekat Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, di Klang, hari ini. - Gambar JBPM Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Lima kedai sederet hangus dalam kejadian kebakaran dekat Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.00 pagi itu melibatkan sebuah bengkel kimpalan, bengkel motosikal, restoran, kedai servis penghawa dingin dan baiki peti ais masing-masing terbakar lebih 80 peratus.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, bagaimanapun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

��Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan lima buah kedai sederet bangunan keas B. Setia kedai berkeluasan 1,400 kaki persegi. Keluasan keseluruhan bangunan terbakar iaitu 7,000 kaki persegi.

“Anggaran peratusan kebakaran setiap unit adalah 80 peratus dan tidak melibatkan mangsa. Kerja-kerja pemadaman api dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.50 pagi dan menggerakkan seramai 19 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan Klang Selatan dalam operasi tersebut.

Operasi pemadaman menggunakan dua unit Fire Rescue Tender (FRT), tangki air dan Rapid Intervention Motorcycle (RIM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN