PR NEWSWIRE (BM)

Colgate® Lancar Optic White™ Vitamin C Baharu Bersama j-hope BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG, 24 Ogos 2026 /PRNewswire/ — Colgate® melancarkan Colgate® Optic White™ Vitamin C, ubat gigi pemutih baharu yang terbukti secara klinikal yang diperkuat dengan Vitamin C, di samping kerjasama Asia Pasifik yang utama bersama j-hope, anggota kumpulan Sensasi Pop BTS.


Jenama itu bekerjasama dengan j-hope – terkenal dengan "Sunshine Smile" beliau yang dikenali di seluruh dunia, semangat yang tinggi serta personalitinya yang ceria — sebagai duta rasmi bagi rangkaian kecantikan oral baharunya.

Samir Singh, Presiden, Enterprise Oral Care, Colgate-Palmolive dan sebelum ini merupakan Naib Presiden Eksekutif Pemasaran, Asia Pasifik, berkata: "Vitamin C telah mentransformasikan industri penjagaan kulit dengan membantu kulit pengguna kelihatan lebih cerah dan berseri. Berdasarkan usaha perintis dalam sains penjagaan oral di Colgate-Palmolive, kami telah berjaya menghasilkan formula Vitamin C yang berkesan secara klinikal bagi pemutihan gigi.[1]

"Pelancaran Colgate® Optic White™ Vitamin C merupakan satu lonjakan besar dalam inovasi kecantikan oral. Pengguna tidak lagi memisahkan kecantikan daripada penjagaan oral dan produk ini mencerminkan perubahan tersebut."

j-hope & Colgate® Optic White™ Vitamin C

j-hope akan menjadi wajah utama kempen pelancaran baharu utama Colgate di seluruh APAC bagi memberi inspirasi kepada pengguna untuk menyerlahkan diri mereka yang paling berkeyakinan. Peminat boleh menantikan peluang untuk melihat j-hope merealisasikan kuasa pencerahan Vitamin C menerusi pelancaran kandungan kempen eksklusif, kandungan di sebalik tabir dan cabaran interaktif di saluran media sosial rasmi Colgate.

Samir Singh menambah: "Sikap optimis j-hope dan senyuman manis beliau yang terkenal dan membawa keceriaan seperti sinaran matahari memberi inspirasi kepada jutaan orang di seluruh dunia. Beliau merupakan rakan kongsi yang paling tepat untuk kami membawa produk ini kepada jutaan pengguna."

Inovasi Pemutihan Terobosan

Buat julung kalinya, Colgate® Optic White™ Vitamin C mengandungi 95 peratus Vitamin C tulen yang distabilkan*. Formulasi unik ini memberikan kesan pencerahan berimpak tinggi untuk mengurangkan kekuningan serta membantu anda menghilangkan kesan kotoran yang terkumpul selama tujuh tahun dalam tempoh seawal tujuh hari[3] – sambil memastikan enamel gigi anda kekal terlindung dan sihat.[2]

Dihasilkan oleh pakar agar dapat disesuaikan dengan lancar dalam rutin kecantikan dan penjagaan diri harian anda, ubat gigi baharu itu menggabungkan kuasa pemutihan berimpak tinggi dengan penjagaan harian yang boleh dipercayai:

  • Menghilangkan kesan kotoran selama tujuh tahun dalam tempoh seawal7 hari[3] : Menyasarkan perubahan warna yang mendalam untuk menghilangkan kesan kopi, teh dan makanan, sekali gus mengembalikan kilauan semula jadi gigi anda dengan pantas.
  • Diperkuat dengan 95%Vitamin C Tulen Distabilkan[2] : Menggunakan bentuk khas Vitamin C yang dibangunkan untuk memberikan kesan pencerahan berimpak tinggi yang berkesan.
  • Selamat, Lembut & Dilindungi Fluorida: Tidak berasid, lembut terhadap enamel gigi dan diperkaya dengan fluorida supaya anda boleh memberus gigi dengan selamat dua kali sehari, setiap hari.

Saksikan sekarang siri kandungan penuh yang menampilkan j-hope di media sosial (filem kempen) (iklan acah c-hope) (iklan acah kempen).

Nota kepada Editor

1.    Vitamin C & Dakwaan Pemutihan – mesej yang disampaikan adalah berasaskan secara langsung kepada sains formulasi — Sodium Ascorbyl Phosphate ialah bentuk Vitamin C yang distabilkan dan merupakan agen pemutih aktif.
2.    95 peratus Vitamin C tulen yang distabilkan – merujuk kepada Sodium Ascorbyl Phosphate dengan ketulenan 95 peratus yang merupakan bentuk vitamin C distabilkan.
3.    Menghilangkan Kesan Kotoran 7 Tahun dalam Hanya 7 Hari* – *dengan memberus gigi dua kali sehari berbanding Ubat Gigi Pemutih Colgate tanpa Vitamin C. Merujuk kepada persamaan kesan kekotoran ekstrinsik selama 7 tahun yang dikira daripada kajian keratan rentas. Keputusan mungkin berbeza.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5026401_MS26401_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN