12 lelaki merusuh guna kayu besbol ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seramai 12 lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata di Taman Kota Jaya, di sini hari ini.

Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 42 tahun itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dalam operasi antara pukul 3 pagi hingga 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, tindakan itu dibuat susulan maklumat diterima pihaknya berhubung insiden berkenaan pada pukul 1.57 pagi.

“Hasil serbuan, polis merampas 13 telefon bimbit, sebatang kayu berukuran 90 sentimeter (cm), sebatang kayu besbol sepanjang 71 cm serta tiga buah kereta yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Kesemua suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Yusof, pihak polis kini giat menjalankan tindakan bagi mengesan dan menahan suspek lain yang disyaki turut terlibat dalam kes berkenaan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN