14 hari tidak cukup untuk ragbi 7s

Skuad ragbi tujuh sebelah wanita negara menamatkan kempen Siri Satu Asia Ragbi 7s di tempat kesembilan keseluruhan yang diadakan di Suzhou, China, Ahad lalu. - Asia Rugby
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) wanita negara terpaksa berpuas hati apabila menamatkan kempen Siri Satu Asia Ragbi 7s di tempat kesembilan keseluruhan yang diadakan di Suzhou, China, Ahad lalu.

Jurulatih skuad 7s wanita negara, Muhammad Faiz Samsukhidir berkata, kedudukan tersebut tersasar daripada sasaran awal untuk berada dalam kelompok lapan terbaik, namun mengakui persediaan pasukan yang singkat menjadi antara faktor utama prestasi mereka kurang menyerlah.

“Rumusan keseluruhan untuk kejohanan ini seperti telah diduga. Walaupun kita mensasarkan kelompok lapan terbaik, prestasi pemain agak jauh berbanding pasukan lain.

“Ini diSebabkan persediaan pasukan yang dilakukan dalam tempoh singkat apabila kami diberi 14 hari sahaja pada setiap bulan berbanding pasukan lain yang memang telah melakukan persediaan rapi secara sepenuh masa.

“Masalah utama kami adalah tahap kecergasan dan kekuatan fizikal pemain yang menyebabkan prestasi pasukan agak terkebelakang,” katanya.

Bagaimanapun, Faiz memuji semangat juang anak buahnya yang tetap memberikan komitmen tinggi sepanjang kejohanan walaupun berdepan kekangan dari segi kecergasan dan kekuatan fizikal.

Dalam pada itu, Faiz berkata, penyertaan dalam Siri Satu itu turut memberi peluang kepadanya untuk menilai kekuatan dan kelemahan pasukan selain mengenal pasti kemampuan serta corak permainan lawan bagi menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

“Bagi persiapan seterusnya untuk Sukan Asia, kami akan cuba perbaiki sebanyak mungkin untuk memastikan pasukan berada dalam keadaan lebih bersedia dan insya-Allah akan cuba yang terbaik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN