Baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang lelaki yang membawa haiwan peliharannya iaitu seekor anjing jenis Poodle ke sebuah restoran Mamak di Segamat, Johor.
Perbuatan individu itu membawa anjing terbabit telah sempat dirakam oleh seorang orang awam sebelum ia dikongsikan di media sosial.
Perbuatan individu itu membawa anjing ke tempat makan yang turut dikunjungi oleh orang Islam telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana individu itu dilihat tidak sensitif dengan peraturan tidak boleh membawa binatang ke kawasan tempat makan awam seperti kedai makan dan restoran.
Terkini, pihak polis dilaporkan sedang mengesan individu yang membawa anjing itu ke restoran berkenaan, lapor Harian Metro.
Artikel berkaitan: Lagi Kes Kejam Terhadap Haiwan, Anjing Dipercayai M*ti Akibat Dipanah
Artikel Berkaitan: Pengurus Kedai Runcit Dipecat Gara-gara Simb*h Air Panas Pada Anjing Liar
Ini susulan pihak polis telah menerima laporan yang dibuat oleh pekerja restoran tersebut berhubung kejadian berkenaan.
Menurut pekerja terbabit, perkara itu telah diberitahu kepada majikan mereka dan kerusi yang diduduki oleh anjing itu telah dibuang.
Siasatan kes ini dibuat mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1970.
Sumber: Harian Metro