Tular sebuah rakaman CCTV di media sosial awal pagi ini memaparkan seorang wanita dipercayai telah diserang dan disamun oleh perompak warga asing dekat sebuah francais minuman terkenal di Taman Sri Muda pada Isnin lalu.
Menurut rakaman tersebut, data CCTV di lokasi itu menunjukkan kejadian berlaku sekitar jam 11.25 pagi.
Ketika kejadian, kelihatan premis itu sunyi tanpa pelanggan dan mangsa pula berada di bahagian dapur.
Rompakan di sebuah kedai minuman dan aiskrim di Taman Sri Muda, wanita terbabit dipercayai ditikam sebanyak 8 kali di bahagian perut dan perompak dikatakan sempat membawa lari wang sebanyak RM4000
kredit: info semasa official#mstar240813 #mstarpa pic.twitter.com/PMeyd0r50W
— mStar Online ?? (@mstaronline) August 13, 2024
Suspek yang disyaki warga asing pada awalnya dilihat berada di depan kaunter sebelum tiba-tiba pergi ke arah mangsa dan menyerangnya menggunakan senjata tajam yang dipercayai sebilah pisau.
Ketika pergelutan berlaku, suspek dilihat menikam mangsa bertubi-tubi apabila mangsa mengejarnya sebelum melarikan diri.
Artikel berkaitan: “Larikan wang tunai & barang kemas” – 3 Anggota Polis Ditahan, Disyaki Terlibat Kes Rompak Bersenjata
Artikel berkaitan: Kieda Crepe Dedah Dalang Kes Samun, Dakwa Orang Yang Sama Rompak Kak KM
Ditikam 8 kali, duit RM4,000 disamun
Menurut posting yang dikongsikan akaun X @mynewshub, mangsa telah ditikam sebanyak lapan kali dan mengalami kecederaan serius di bahagian perut.
Perompak juga difahamkan telah membawa lari RM4,000 dan ketika artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung insiden tersebut.
Rompakan kedai mixue dekat Taman Sri Muda..anak AZMAN SANI…adik izmah yang wahida tu..
Sekarang dia dipantau oleh DR.
Dia supervisor dekat mixue tu.
8 kali kena tikam dekat perut.
Kena samun & ada duit dekat dia RM4000
Sumber info : FB pic.twitter.com/DPkd1RnGkL
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 13, 2024
Risaulah dengan kes rompakan macam ni. Harap kita semua dilindungi dan berhati-hati jika keluar seorang tanpa teman.