in

“Amalan sejak 2018” – Urus Setia Hari Kebangsaan Jelaskan Sebab Tun Mahathir Tidak Berada Di Pentas VIP

Tun Mahathir Sambutan Hari Kebangsaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya semalam mencuri tumpuan ramai.

Menerusi beberapa gambar tular, negawaran berusia 101 tahun itu dilihat berada di luar kawasan berpagar berdekatan orang ramai sambil duduk di atas kerusi roda elektrik dan mengibarkan Jalur Gemilang.


Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan pertanyaan netizen mengapakah Tun Mahathir tidak berada di pentas VIP bersama tetamu kehormat lain memandangkan beliau merupakan seorang tokoh kenamaan dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia.

Jemputan bekas PM tidak dibuat sejak 2018

Bagi mengelakkan salah faham yang berlaku, Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menjelaskan jemputan rasmi ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada bekas PM sejak 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 merangkap Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, tatacara jemputan acara rasmi utama Kerajaan Persekutuan diuruskan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri.

“Berdasarkan amalan sejak 2018, jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada mantan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, kehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diuruskan melalui permohonan pihak berkenaan, selaras dengan tatacara serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan,” katanya.

Artikel berkaitan: PMX Bakal Sampaikan Amanat Perdana Sempena Hari Kebangsaan 2026 Pada 30 Ogos Ini

Artikel berkaitan: 11 Inisiatif Kementerian Perpaduan Negara Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026

Dalam pada itu, pihak Urus Setia turut memaklumkan Pejabat Perdana Menteri telah menerima permohonan Kemudahan Berehat ke Luar Negara daripada pihak Dr Mahathir yang akan ke luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026.

Permohonan berkenaan telah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras dengan ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.