in

“Cinta agung 70-tahun” – Media Arab Saudi Turut Laporkan Pemergian Tun Hasmah

Syaz Ft 2026 10 02T124737.834

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, bukan sahaja dirasai oleh seluruh rakyat tanah air, malah turut mendapat perhatian luas serta sorotan khas daripada media antarabangsa terkemuka, Al Arabiya.

Rangkaian berita gergasi yang berpusat di Arab Saudi itu menerusi laporan terbaharunya menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar, selain memaparkan detik penuh hiba yang ditanggung oleh suami tercinta.


Artikel berkaitan: “Mungkin ini persembahan terakhir bersama saya” –  Siti Nurhaliza Kongsi ‘Bisikan’ Tun Hasmah Kepadanya

Artikel berkaitan: “Kalah atau menang, Tun sentiasa ada” – Lee Chong Wei Titip Luahan Pilu, Kenang Kasih Sayang Tun Hasmah

Menerusi perkongsian video dan laporan yang tular di platform media sosial, Al Arabiya memaparkan detik menyentuh hati apabila negarawan berusia 101 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sewaktu berada di sisi jenazah isterinya.

@abangchaq 🇲🇾 MALAYSIA DILIHAT DARI MATA DUNIA Bila media antarabangsa seperti Al Arabiya menyiarkan detik ini, kita sedar satu perkara… Dunia bukan sekadar melihat Tun Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia. Mereka melihat seorang suami berusia 101 tahun yang mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya selepas 70 tahun hidup bersama. 😢 Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Tun Dr Mahathir melalui perjalanan yang sangat panjang — daripada zaman belajar perubatan, membina keluarga, sehinggalah menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia moden. Di sebalik segala perbezaan politik, akhirnya ada kisah yang lebih besar daripada politik. Kasih. Kesetiaan. Usia. Kehilangan. Dan perpisahan. Kali ini Malaysia dilihat dari mata dunia bukan kerana pertelingkahan, tetapi kerana sebuah kisah kehidupan yang menyentuh hati manusia tanpa mengira bangsa dan negara. 🇲🇾 Sesungguhnya hidup dan mati milik Allah SWT. Semoga Allah SWT merahmati Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, mengampuni segala kekhilafannya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Semoga Tun Dr Mahathir dan seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketenangan serta kesihatan. Al-Fatihah. 🤲 📹 Sumber: Al Arabiya — قناة العربية 📰 Rujukan: Bernama Apa yang paling menyentuh hati anda apabila melihat rakaman ini? #MalaysiaDilihatDunia #TunDrSitiHasmah #TunDrMahathir #SejarahMalaysia #Malaysia ♬ Stone of Memory – Hank Minor

Dalam laporan berkenaan, Al Arabiya turut menyifatkan ikatan perkahwinan pasangan ikonik itu sebagai ‘legasi cinta agung’ yang bertahan selama lebih tujuh dekad (70 tahun). Kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi Tun Hasmah di belakang kerjaya politik Tun M sepanjang menerajui Malaysia disifatkan sebagai antara simbolik kepimpinan wanita yang cukup berpengaruh di dunia Islam dan rantau Asia Tenggara.

Hasmah yang juga merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia dijemput Ilahi pada usia 100 tahun. Pemergian beliau meninggalkan duka mendalam buat seluruh nusa dan bangsa yang mengenang jasa serta sumbangan bakti beliau sepanjang hayat.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.