Skip to main content

Astro Audio Raih Anugerah Emas Di Marketing Interactive PR Awards 2026 Menerusi Kempen Kelas Perpaduan ERA

WhatsApp Image 2026 05 01 at 12.24.39 PM

Sekilas

  • Astro Audio berjaya meraih Anugerah Emas di Marketing Interactive PR Awards 2026 di Singapura menerusi kempen Kelas Perpaduan ERA.
  • Kempen ini diiktiraf sebagai Best Use of Social Media for Crisis Communications kerana pendekatan komunikasi yang segar dan relevan dalam memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum.
  • Kejayaan ini menunjukkan keberkesanan strategi Astro Audio dalam menghasilkan kandungan bermakna yang dekat dengan jiwa pendengar, terutamanya golongan belia.

Astro Audio terus mencipta impak dalam industri penyiaran radio apabila berjaya meraih Anugerah Emas di Marketing Interactive PR Awards 2026 di Singapura baru-baru ini, sekali gus membuktikan bahawa kandungan audio mampu menjadi medium berpengaruh dalam menyatukan masyarakat.

Kejayaan ini diraih menerusi kempen Kelas Perpaduan ERA, yang diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Best Use of Social Media for Crisis Communications.

Marketing Interactive PR Awards 2026 merupakan sebuah platform pengiktirafan industri perhubungan awam yang berpretij, menghimpunkan pengamal komunikasi serta profesional industri dari Asia Tenggara, Asia Selatan dan Pasifik.

Anugerah ini mengiktiraf kempen komunikasi yang menunjukkan kecemerlangan dari segi pemikiran strategik, pelaksanaan berkesan dan impak bermakna kepada khalayak, sekali gus menetapkan penanda aras bagi amalan terbaik dalam landskap komunikasi serantau.

Kelas Perpaduan ERA menampilkan pendekatan komunikasi yang segar dan relevan, dengan kandungan yang bukan sahaja mudah difahami, malah menggalakkan perbincangan terbuka serta kesedaran tentang kepen ngan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.

Melalui suara penyampai radio dan interaksi digital bersama pendengar, kempen ini berjaya menjadikan topik serius lebih dekat dengan jiwa pendengar, terutamanya golongan belia.

Pencapaian di Marketing Interac ve PR Awards 2026 ini turut melengkapkan kejayaan terdahulu kempen sama, yang telah menerima Anugerah Gangsa di Malaysia PR Awards 2025, anjuran PRCA Malaysia, badan pengik rafan industri perhubungan awam terkemuka negara.

Rentetan pengiktirafan ini menunjukkan keberkesanan strategi komunikasi Astro Audio yang konsisten, autentik dan berpaksikan komuniti.

Kejayaan ini juga mencerminkan usaha berterusan Astro Audio dalam menghasilkan kandungan yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi turut membentuk pemikiran positif dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pendengar.

Ia membuktikan bahawa radio dan media digital masih relevan sebagai platform untuk membawa mesej bermakna, khususnya kepada generasi muda yang celik media dan aktif di ruang sosial.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement