Sekilas
- Penyampai Radio ERA, Radin, menarik perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama seorang wanita di Instagram.
- Radin memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kapsyen "Ini rahsia tuhan".
- Radin menutup ruangan komen pada hantaran tersebut dan ERA turut menampilkan slot khas untuk meraikan penyampai itu.
Penyampai Radio ERA, Radin menyorot perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama dengan seorang wanita.
Menerusi hantaran di Instagram, Radin atau nama lengkapnya, Radin Amir Affendy Ahmad Aruani memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya.
"Ini rahsia tuhan," tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, Radin memilih untuk menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.
Menjengah ke platform ERA, radio no 1 paling legit itu turut menampilkan slot khas bagi meraikan penyampai 3 Pagi Era itu.