Skip to main content

Viral

Hanya Sebab Air Tumpah, Hantaran Seorang Wanita Berjaya Tarik Perhatian Dunia

Astrogempak Matcha (1)

Sekilas

  • Syifa Akhrl berkongsi gambar minuman matcha yang tertumpah di Threads, menarik perhatian netizen dari seluruh dunia.
  • Perkongsian tersebut menjadi tular dengan lebih 12 juta capaian dan lebih 600,000 tanda suka.
  • Jenama minuman popular itu turut cuba menghubungi Syifa selepas hantaran viral tersebut.

Siapa sangka air minuman yang tertumpah mampu menyorot perhatian pengguna media sosial di seluruh dunia.

Menerusi satu hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Syifaa Akhrl telah berkongsi sekeping gambar minuman matcha miliknya yang tertumpah.

“Oh My Matcha,” tulisnya ringkas.

Namun, tanpa siapa menduga, perkongsian itu pantas menjadi tular dan menarik perhatian netizen dari pelbagai negara.

Ketika dihubungi Gempak, Syifaa mengakui tidak menjangkakan perkongsian itu akan menjadi tular. 

"Saya tak sempat minum air tu, memang keluar daripada Zus terus jatuh. Dan sebab saya rasa aesthetic jadi saya kongsikan terus dekat Threads. 

"Tiba-tiba viral, jadi memang tak expect langsung benda tu," katanya kepada Gempak. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi lucu dan kreatif, menjadikan hantaran itu semakin mendapat perhatian ramai.

Lebih mengejutkan, perkongsian berkenaan dilaporkan meraih lebih 12 juta capaian (reach) dan lebih 600,000 tanda suka ketika artikel ini ditulis. 

Difahamkan, jenama air minuman popular itu juga cuba menghubungi Syifa kerana hantaran yang tular itu.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Must-Watch Video

Advertisement