Skip to main content

Indonesia

Pembantu Rumah Dakwa Bekas Isteri Hos Terkenal Acu Pisau, Cekik & Tak Dapat Gaji

Astro Gempak erin

Sekilas

  • Erin, bekas isteri hos Andre Taulany, didakwa menganiaya dan tidak membayar gaji pembantu rumahnya, termasuk ancaman dan keganasan fizikal.
  • Pembantu rumah tersebut telah membuat laporan polis, manakala Erin menafikan tuduhan dan menganggapnya sebagai fitnah, serta mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar dakwaan.
  • Erin mengesahkan pembantu rumah itu baru bekerja kurang sebulan dan gajinya sudah dibayar, sambil menunggu perkembangan lanjut.

Bekas isteri hos terkenal, Andre Taulany, Erin, sedang berdepan pertuduhan berat apabila didakwa menganiaya dan tidak membayar gaji salah seorang pembantu rumahnya.

Pendedahan itu dibuat menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial sebelum menjadi tular kerana Erin antaranya didakwa telah mengacu pisau dan mencekik mangsa, lapor InsertLive.

"Apa ya wanita ini kebal undang-undang kerana dia beritahu polis dan semuanya, dia orang hebat sampai menganiaya pembantunya, mencekik, mengancam dengan pisau, menendang, memukul kepala, menahan gajinya, menghancurkan telefon bimbit.,” antara isi dakwaan tersebut.

Menurut pemilik akaun itu lagi, pembantu rumah tersebut telah membuat laporan polis terhadap penganiayaan yang diterimanya.

Erin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan cerita yang tersebar di media sosial sebagai satu fitnah. Selain membuat laporan polis, dia juga memfailkan saman terhadap pihak yang mencemarkan nama baiknya.

Pihak Erin juga mendakwa telah mendapatkan sejumlah bukti termasuk rakaman CCTV. Peguam Erin juga menyebut kliennya menjadi mangsa fitnah.

“Erin difitnah telah menganiaya pembantu rumah. Padahal itu tidak benar dan nama baiknya telah tercemar. Jadi dia mahu ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah,” ujar peguam wanita itu.

Namun Erin tidak menafikan wanita tersebut memang pembantu rumahnya yang baru bekerja tidak sampai satu bulan.

“Dia belum bekerja sampai satu bulan tapi gajinya saya sudah bayar. Tunggu nanti selanjutnya,” ujar Erin kepada media tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement