Sekilas
- Seorang pengguna Threads memuji Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara yang sukar diganti kerana gaya komunikasi dan emosi yang unik dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2).
- Pengguna tersebut kagum dengan kehebatan Pak Nil yang kekal relevan walaupun sudah berusia 60-an dan telah mengendalikan enam siri program.
- TTMM2 menampilkan barisan juri ternama dan pasangan pengurus-artis yang bertanding, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Seorang pengguna Threads menyorot perhatian apabila berkongsi pendapatnya mengenai pengacar terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang disifatkan sebagai satu figura yang sukar diganti dalam dunia pengacaraan tanah air.
Menerusi ciapan yang dibuat, individu tersebut yang berkongsi pengalamannya melihat gaya pengacaraan Aznil yang mesra disapa Pak Nil ketika program Talk To My Manager 2 (TTMM2) beranggapan cara komunikasi, lontaran suara serta emosi yang dipamerkan pengacara itu sememangnya berada pada tahap tersendiri.
“Saya tak tahu la siapa yang boleh menggantikan Pak Nik sebagai pengacara tv.
“Bagi saya, bila saha experienced sendiri dekat live show, Pak Nil punya energy, cara cakap, lontaran suara, emosi yang dibawa, memang ons,” kongsinya.
Malah, individu tersebut turut kagum dengan Pak Nil yang kekal relevan meskipun usianya sudah menjangkau 60-an.
“Untuk seorang yang dah masuk 6 series, memang hebat,” kongsinya lagi.
Sekadar info, program TTMM2 dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.
Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.