Skip to main content

Hiburan

"Walaupun Pernah Kecewa Atau Marah, Mereka Tetap Mahu..." - Wali Band Janji Berikan Yang Terbaik

Astrogempak WALI

Meskipun pernah berhadapan dengan masalah pada konsert sebelum ini, kumpulan Wali Band tidak pernah rasa serik untuk hadir ke Malaysia bagi menghiburkan peminat mereka.

Vokalis Wali Band, Faank menegaskan mereka tidak pernah berasa gentar untuk kembali ke Malaysia kerana percaya berada di landasan yang baik dengan niat yang ikhlas.

"Kami tidak pernah rasa takut kerana kami rasa kami berada di tempat yang benar dan baik. Kami punya niat yang baik, di tempat yang baik, dan melakukan sesuatu yang baik. Jika ada kejadian seperti itu (sebelum ini), Alhamdulillah, hikmahnya luar biasa.

“Kami pernah marah dengan situasi itu, tetapi akhirnya Wali boleh kembali lagi ke sini, bahkan ke kota-kota lain seperti ke Sabah. Di Sabah kami membuat konsert dua kali dan bertemu dengan orang yang berbeza. MasyaAllah, itu luar biasa,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Wali Band turut merakamkan penghargaan kepada peminat di Malaysia yang tetap setia menyokong mereka meskipun pernah berdepan kekecewaan sebelum ini.

“Wali ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat di Malaysia atas kepercayaan mereka untuk tetap membeli tiket dan hadir ke konsert di Stadium Hoki. Itu di luar jangkaan kami.

“Walaupun mereka pernah kecewa atau marah, mereka tetap mahu Wali kembali. Itu tandanya mereka sayang dan cinta pada kami,” ujar mereka.

Bercakap mengenai persiapan konsert, Faank memaklumkan segala persediaan telah dilakukan secara menyeluruh termasuk pemilihan lagu dan latihan di lokasi.

“Alhamdulillah, persediaan sudah dilakukan dengan maksimum. Dari segi senarai lagu hingga latihan di venue. Kami juga sudah buat sound check dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kendala.

���Mudah-mudahan kami dapat memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan para peminat Wali di Malaysia,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement