Siti Nordiana buka cerita soal body shaming, kongsi pengalaman anak sendiri – ‘Tegur kesihatan boleh, fizikal jangan. Kesian...’

No Image Caption
A
A
A

ISU perubahan fizikal dan komen panas netizen di media sosial seolah-olah sudah menjadi makanan harian buat insan bertaraf selebriti.

Namun, apabila usikan nakal itu mula menyentuh emosi dan keyakinan diri, ia bukan lagi perkara yang boleh dipandang ringan begitu sahaja.

Penyanyi popular, Siti Nordiana, tampil membuka suara meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir pihak yang masih gemar mengamalkan budaya body shaming tanpa memikirkan perasaan orang lain.

No Image Caption

Penyanyi yang mesra disapa Nana ini mengakui bahawa peningkatan usia menjadi salah satu faktor perubahan fizikal seseorang, sekali gus menjadikan proses menurunkan berat badan tidak semudah dahulu. Bagi pelantun lagu Memori Berkasih itu, teguran mesra memang tiada salahnya, namun biarlah berasaskan niat yang betul dan bukannya sehingga menjatuhkan maruah atau keyakinan diri seseorang.

"Biasa kita sebagai artis ini memang terdedahlah dengan perkara-perkara macam itu, orang suka tegur kita. Dulu kita memang kurus masa muda, tapi bila dah meningkat usia ini, ia agak lambat untuk turun.

"Pada Nana, kita jangan biasakanlah. Kalau boleh nak tegur itu boleh, tapi mungkin lebih kepada kesihatan, janganlah fizikal. Segan tau dan kesian juga," katanya.

No Image Caption

Bukan sahaja diri sendiri yang menjadi sasaran, malah anak lejangnya, Rayyan, turut tidak terlepas daripada menerima pandangan nakal khalayak apabila sering muncul bersama dalam kandungan media sosial.

Walaupun Rayyan atau nama penuhnya Muhammad Rayyan Nakhaie memilih untuk kekal positif dan tidak mengambil pusing akan komen-komen tersebut, Nana tetap peka dengan impak emosi yang boleh berlaku kepada individu lain yang mungkin tidak sekuat anaknya.

"Bila selalu buat konten dengan Nana, ada yang tegur wah makin besar anak Nana. Benda itu biasa, tapi pada Nana kalau kita komen itu, komenlah supaya jangan jatuhkan keyakinan orang lain.

No Image Caption

"Kalau kita tak nak diri kita dikatakan macam itu, kita jangan buat pada orang lain. Nasib baik Rayyan okay dan dia tak stres, cuma kalau orang lain, mungkin hati dia sentap ke apa, kita tak tahu masalah kesihatan yang mereka hadapi.

"Sebab itulah sebaiknya kita bagi motivasi daripada berkata yang bukan-bukan," jelasnya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang