‘Doakan kami kekal bahagia’ - Namron korban kerjaya pensyarah ketika isteri berdepan kemurungan, syukur perkahwinan cecah 22 tahun 

No Image Caption
A
A
A

ADA kalanya, cinta bukan sekadar tentang bahagia dan tawa, tetapi tentang memilih untuk terus tinggal ketika insan tersayang sedang melalui hari-hari paling sukar. 

Aktor dan pengarah, Namron bersyukur terus melayari bahtera rumah tangga bersama isteri, June Lojong, selepas 22 tahun mendirikan rumah tangga. 

Dalam hantaran di laman sosial baru-baru ini, pemilik nama Shahili Abdan, 57, berkongsi kisah suka duka yang dilalui sepanjang membina kehidupan bersama wanita yang dicintainya itu. 

Jika dihitung sejak mula berkenalan, hubungan pasangan ini sudah mencecah hampir tiga dekad, termasuk lapan tahun bercinta sebelum akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada 2004. 

“Pada tahun 1996 saya mengenalinya. Bercinta lapan tahun. Tahun 2004 bernikah. 

No Image Caption

“Hari ini 2026 genap 22 tahun menjalani kehidupan suami isteri. 

“Lapan tahun bercinta sangat mencabar. Gaduh, merajuk, pujuk, baik balik. Berulang kali. Selepas kahwin pun macam itu juga,” kongsinya. 

Namun, perjalanan rumah tangga mereka bukan sentiasa tentang bahagia dan tawa turut berdepan ujian besar membabitkan kesihatan mental si isteri. 

Artikel Berkaitan:

Menurut Namron, pada 2009, June disahkan mengalami kemurungan ketika pengajian peringkat sarjana sehingga dia membuat keputusan penting dalam kerjaya. 

“Tahun 2009, kami diduga dengan kesihatannya. Doktor sahkan dia menghidap major depressive disorder with psychotic features kerana tekanan untuk siapkan tesis masternya. 

No Image Caption

“2010 saya berhenti kerja sebagai pensyarah sambilan. Doktor nasihatkan saya untuk ‘menjaganya’ dengan baik. 

“Sejak itu kami dah tak gaduh-gaduh lagi,” katanya. 

Keputusan tersebut ternyata menjadi satu titik penting dalam kehidupan mereka apabila Namron memilih untuk memberi tumpuan kepada keadaan isterinya. 

Lebih menggembirakan, June kemudiannya pulih selepas beberapa tahun melalui fasa sukar berkenaan. 

“Alhamdulillah 2016 beliau kembali sihat dan ceria hingga ke hari ini. Lakonan menjadi terapi untuk dia menjadi dirinya semula. 

 “Doakan kami untuk kekal bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya. 

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata. 

Semoga perjalanan Namron dan June terus dipermudahkan serta kekal bahagia hingga ke penghujung usia.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang