Ziana Zain kini bergelar Datuk 

Foto: Ihsan Melaka Hari Ini
Foto: Ihsan Melaka Hari Ini
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi terkenal Ziana Zain  baru sahaja menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Ziana anak nama penuhnya Siti Roziana Zain antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Memetik Melaka Hari Ini, Ziana antara 1,328 individu yang menerima darjah kebesaran dalam istiadat di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Penyanyi Madah Berhelah dan Anggapanmu itu terdahulu pernah menjawab pertanyaan media dan mengakui tidak terfikir langsung soal penganugerahan darjah kebesaran atau pingat membawa gelaran Datuk.

"Bagi saya, kita kena ada kelas tersendiri. Biarlah dia (pengiktirafan) datang kepada kita, bukan kita kejar," katanya kepada Berita Harian pada Julai lalu.

Artikel berkaitan:

Ketika itu, Ziana berkata belum ada mana-mana pihak menghubungi dan berbincang mengenai pengurniaan darjah kebesaran terbabit.

"Setakat ini, memang tiada siapa-siapa datang jumpa saya. Macam kawam-kawan yang dapat gelaran sebelum ini, mereka kena isi borang dan sebagainya.

"Apa yang lebih penting bagi saya adalah masih kekal sebagai penyanyi dan dapat hiburkan peminat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sekadar info, Ziana bukan nama asing dalam industri hiburan tanah air. Dilahirkan di Kampung Sempang, Merlimau, Melaka, Ziana terdahulu muncul sebagai Juara Bintang Selangor pada tahun 1984 dan kemudian melahirkan album sulungnya Madah Berhelah pada tahun 1991. 

Ziana pernah menerima  darjah kebesaran Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) oleh Sultan Selangor pada tahun 1996.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang