Astro AWANI
βœ”
71.3K subscribers
64K photos
1.96K videos
58 files
185K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Astro Light Up KL menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 pada 31 Ogos 2026 dengan persembahan selebriti tanah air serta dron bercahaya yang menghiasi ruang udara Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka pada Ahad malam.

πŸ“Έ: Astro / @azrul_rafie
πŸ‘4πŸ‘Ž2❀1πŸ”₯1
πŸ‘3πŸ‘Ž1
πŸ‘6
Hari ini 59 tahun yang lalu, Bahasa Melayu diisytihar sebagai bahasa rasmi negara.

Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan asal di tanah ini sejak berkurun lamanya. Keunggulan Kesultanan Melayu pada kurun ke-15 meletakkannya sebagai β€œlingua franca,” bahasa penghubung antara semua yang berada di wilayah ini termasuk orang luar.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka, Perlembagaannya memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di bawah Perkara 152. Walau bagaimanapun, ia tidak menafikan kedudukan & hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari & dikembangkan.

Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah & institusi pengajian tinggi yang dibentuk berlandaskan Penyata Razak 1956 & disokong oleh Penyata Rahman Talib 1960.

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan & peranannya sebagai identiti bangsa sebuah negara berdaulat yang merdeka, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada Mac 1967.

Pada 1 September 1967, sehari selepas sambutan kemerdekaan negara yang ke-10, YDP Agong ke-4 Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia.

Dalam warkah perisytiharan melalui titah Diraja yang disiar melalui radio & televisyen itu, Baginda menyifatkan pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal merupakan permulaan satu zaman baharu dalam sejarah kemerdekaan negara.

Susulan pengisytiharan tersebut, pada hari sama, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi dalam pentadbiran sehari-hari oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dalam kenyataannya menegaskan bahawa pengisytiharan tersebut menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat negara ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

#PeristiwaHariIni
πŸ‘12❀6πŸ”₯1
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang pemandu lori warga emas dan merampas 6,000 anak pokok yang dipercayai diseludup dari Thailand untuk dihantar ke Kedah dalam serbuan di Kampung Padang Licin, Pasir Mas, pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan itu dilakukan kira-kira 11.30 pagi selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori jenis Hicom yang dipandu lelaki berusia 61 tahun dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan masing-masing 2,000 anak pokok bunga kemboja, pokok cermai dan pokok bunga kaktus, dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan RM300,000.

Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tahan-lelaki-warga-emas-seludup-6000-anak-pokok-di-pasir-mas

#AWANInews
πŸ”₯4πŸ‘2πŸ‘Ž1πŸ‘1
Tiga dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam gaung di kawasan jalan hutan simpan Bahagak-Lahad Datu, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, ketiga-tiga lelaki yang belum diketahui identiti itu disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-maut-kereta-terjunam-dalam-gaung

#AWANInews
πŸ”₯1
Seorang remaja yang menunggang motosikal maut tersepit di bawah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 285.6 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 10.50 malam, sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng ke lokasi.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-maut-tersepit-bawah-suv-di-lebuhraya-plus

#AWANInews
πŸ”₯2❀1
Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat (AS), Dan Driscoll mengemukakan peletakan jawatan kepada Presiden Donald Trump selepas berbulan-bulan berdepan ketegangan dengan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, lapor Xinhua memetik The Wall Street Journal pada Isnin.

Driscoll yang tidak sependapat dengan Hegseth mengenai hala tuju Tentera Darat serta penyingkiran sejumlah pegawai kanan dijangka meninggalkan Pentagon β€œdalam beberapa hari akan datang,” menurut laporan itu.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-dunia/setiausaha-tentera-darat-letak-jawatan-susulan-ketegangan-dengan-setiausaha-pertahanan-laporan

#AWANInews
πŸ‘12❀3πŸ”₯3
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit di Kampung Baru Sungai Buloh di Sungai Buloh pada Sabtu, disyaki dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-ditemui-dalam-parit-dipercayai-mangsa-bunuh

#AWANInews
πŸ”₯2
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu, yang dijangka menyebabkan gangguan sementara terhadap urusan cetakan MyKad di seluruh negara.

JPN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gangguan sementara urusan cetakan MyKad itu dijangka bermula hari ini hingga 7 Sept.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-sementara-urusan-cetakan-mykad-bermula-hari-ini-hingga-7-sept-jpn

#AWANInews
πŸ‘Ž5πŸ”₯1
Seorang penarik kereta maut selepas motosikal RXZ ditunggangnya terlibat kemalangan di Kilometer 406.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Telemong pada 11.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata kejadian berlaku semasa mangsa Mohd Yusri Rusdi, 38, dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Kuala Terengganu dalam perjalanan pulang dari Cherating, Pahang bersama-sama rakannya.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penarik-kereta-maut-terlibat-kemalangan-di-lpt2

#AWANInews
❀5πŸ”₯3
Hadiah Merdeka buat anak muda! Kementerian Digital bersama YTL AI Labs dan MyDIGITAL Corporation kini menawarkan akses percuma ILMUchat Pro (bernilai RM50/bulan) selama tiga bulan menerusi inisiatif AI Untuk Rakyat. Khas untuk rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun, anda hanya perlu melengkapkan latihan AI yang ditetapkan di platform Rakyat Digital untuk menebus akses ini. #AWANInews
❀3πŸ‘Ž1
πŸ”₯1
Keinginan memiliki rumah sendiri menjadi fokus kempen video Merdeka Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) yang mengetengahkan realiti kehidupan rakyat Malaysia dalam usaha mendapatkan kediaman pertama.

Berbentuk Pesanan Khidmat Awam (PSA), video berkenaan membawa kisah Abdullah, seorang pekerja gig yang membina kehidupan dari bawah, berdepan tekanan kewangan, kos sara hidup, tempoh bekerja yang panjang serta cabaran berulang ketika menyewa rumah.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/gaya-hidup-terkini-bisnes/video-merdeka-sjkp-sorot-realiti-rakyat-miliki-rumah-sendiri

#AWANInews
❀2πŸ”₯1
Aktiviti pembakaran kecil seperti membakar sampah, daun-daun serta ranting kering di halaman rumah yang sering dianggap remeh boleh menyumbang kepada pencemaran udara setempat.

Pensyarah Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Profesor Dr Aweng Eh Rak berkata pembakaran terbuka walaupun secara kecil-kecilan boleh menyebabkan asap tertumpu di sesuatu kawasan, sekali gus meningkatkan kepekatan asap di kawasan itu.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembakaran-kecil-boleh-jejas-kualiti-udara

#AWANInews
πŸ‘2