Azizulhasni Awang on X: "Seorang ibu yg tidak pernah berhenti berkorban untuk anaknya, seorang ayah yg bekerja keras utk ahli keluarganya, anak muda yg mengejar impian, dan setiap rakyat Malaysia yang terus bangkit mengharungi kehidupan yang penuh ujian.
[5/6]"
Seorang ibu yg tidak pernah berhenti berkorban untuk anaknya, seorang ayah yg bekerja keras utk ahli keluarganya, anak muda yg mengejar impian, dan setiap rakyat Malaysia yang terus bangkit mengharungi kehidupan yang penuh ujian.
[5/6]
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69
Hari ini bukan sekadar tentang kibaran Jalur Gemilang. Ia adalah tentang rakyat Malaysia yang berbeza latar, bangsa, agama dan cerita, tetapi tetap berdiri di bawah satu gagasan.
[1/6]
Sejak awal karier lagi, saya memilih utk mengejar satu impian iaitu mengangkat nama Malaysia ketahap tertinggi di pentas dunia. Banyak yg telah dikorbankan. Masa bersama keluarga, keselesaan, tenaga, air mata, jatuh bangun dan bertahun-tahun latihan tanpa mengenal penat.
[2/6]
Tetapi setiap kali saya menyarung jersi Malaysia dan berdiri di belakang garisan permulaan, saya tahu semua pengorbanan itu amat berbaloi. Kerana saya bukan berlumba hanya untuk diri sendiri. Saya berjuang untuk Malaysia yang tercinta!
[3/6]
Seorang ibu yg tidak pernah berhenti berkorban untuk anaknya, seorang ayah yg bekerja keras utk ahli keluarganya, anak muda yg mengejar impian, dan setiap rakyat Malaysia yang terus bangkit mengharungi kehidupan yang penuh ujian.
[5/6]
Kepada seluruh rakyat Malaysia, di mana sahaja anda berada. Teruslah berjuang untuk tanah air kita, Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
31 Ogos 2026
AzizulAwang
[6/6]