Skip to main content

Dunia

Empat rakyat Palestin maut dalam serangan udara Israel di Gaza

Orang ramai mengusung jenazah rakyat Palestin yang dibaluti bendera selepas mayat mereka ditemukan semula dari timbunan runtuhan susulan serangan Israel. - Foto AP
Orang ramai mengusung jenazah rakyat Palestin yang dibaluti bendera selepas mayat mereka ditemukan semula dari timbunan runtuhan susulan serangan Israel. - Foto AP

Advertisement

KAHERAH: Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh dalam satu serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan pangsapuri di Bandaraya Gaza pada awal Sabtu, menurut pegawai kesihatan di wilayah itu.

Setakat ini, tentera Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung serangan berkenaan.

Insiden itu berlaku ketika usaha menamatkan konflik di Gaza terus berdepan kebuntuan walaupun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa sejak tahun lalu.

Rundingan antara pihak terlibat masih gagal mencapai persetujuan berhubung syarat pelucutan senjata Hamas dan pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin itu.

Israel mendakwa Hamas terus memperkukuh kekuatan ketenteraan dan melancarkan serangan yang melanggar syarat gencatan senjata Oktober lalu, sekali gus mendorong peningkatan serangan terhadap kumpulan tersebut dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Hamas menafikan dakwaan berkenaan dan menuduh Israel menjejaskan usaha perdamaian yang sedang berjalan di Gaza.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 1,400 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel sejak gencatan senjata berkuat kuasa Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Israel memaklumkan empat anggotanya terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang Palestin di Gaza dalam tempoh sama.

Ketegangan yang berterusan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan gencatan senjata dan prospek mencapai penyelesaian jangka panjang bagi konflik yang berlarutan di wilayah berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement