Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada baginda.
Pemain perseorangan lelaki negara Justin Hoh memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia selepas skuad badminton lelaki negara tersingkir pada saingan suku akhir Piala Thomas 2026 kepada juara bertahan China 0-3 di Forum Horsens di sini hari ini.
Skuad badminton wanita negara memiliki potensi menampilkan persembahan lebih mantap pada edisi akan datang selepas melakar keputusan positif pada saingan Piala Uber 2026 di Forum Horsens, di sini.
Pengarah kejurulatihan perseorangan negara Kenneth Jonassen mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan mengecewakan Malaysia pada Final Piala Thomas 2026.
Cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara yang dicapai pada Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 hari ini akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.
Pelari pecut muda negara, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, menarik nafas lega apabila penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 akan diteruskan, sekali gus mengembalikan semangatnya untuk menebus kekecewaan pada edisi lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengecam keras serangan Israel ke atas Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai amat membimbangkan, sama sekali tidak boleh diterima dan merupakan pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.
Penglibatan wanita dalam politik negara perlu diperkasakan melalui reformasi sistem yang lebih menyeluruh dan berstruktur, bagi memastikan representasi yang lebih seimbang, kata Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad.
Penganjuran sebarang program termasuk yang berbentuk hiburan, perlu mengambil kira nilai, adab, sensitiviti agama dan norma masyarakat tempatan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil tindakan proaktif bagi menstabilkan harga cili merah, susulan penurunan ketara harga ladang di Pulau Pinang sejak awal tahun ini, bagi melindungi pendapatan petani serta memastikan kestabilan bekalan di pasaran.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya setakat 9 malam ini.
Fenomena memelihara dan mempertandingkan serangga eksotik yang dikenali sebagai “belalang kerek” kini bukan lagi sekadar hobi bermusim, malah berpotensi diangkat sebagai identiti dan warisan budaya lestari negeri Kelantan.