BERITA TERKINI   SPR perlu siapkan kajian semula persempadanan Sarawak dalam tempoh tidak melebihi dua tahun | SPR cadang pindaan nama satu kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN Sarawak | Syor persempadanan Sarawak dipamer untuk semakan dan bantahan mulai 1 hingga 30 Sept- SPR | Tiada perubahan dicadang terhadap jumlah 31 kerusi Parlimen Sarawak- SPR | Bot bertembung di Mersing: Dua maut, tujuh cedera masih dirawat - Polis | 

Northern Solar Peroleh Kelulusan SC Untuk Pindah Ke Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd telah memperoleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Kelulusan itu diberikan di bawah Seksyen 214(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan tertakluk kepada Northern Solar serta penasihat utamanya, Alliance Islamic Bank Bhd, supaya mematuhi sepenuhnya keperluan Garis Panduan Ekuiti SC bagi cadangan pemindahan tersebut.

SC juga mengambil maklum bahawa Northern Solar telah mematuhi keperluan ekuiti Bumiputera yang terpakai kepada syarikat tersenarai awam susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Securities,” menurut Northern Solar dalam satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

Syarikat itu pertama kali mengumumkan cadangan pemindahan tersebut pada 25 Mac, 2026, dan mengemukakan permohonannya kepada SC pada 30 Mac.

Cadangan pemindahan itu menandakan peringkat seterusnya dalam pembangunan Northern Solar dalam pasaran modal Malaysia berikutan penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 6 Februari, 2025.

“Penyenaraian Pasaran Utama dijangka meningkatkan profil korporat dan keterlihatan syarikat dalam kalangan asas pelabur yang lebih meluas, termasuk pelabur institusi,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Northern Solar dan penasihatnya akan meneruskan proses seterusnya bagi memenuhi baki keperluan untuk cadangan pemindahan tersebut.

Menurut syarikat itu, ia akan membuat pengumuman lanjut kepada Bursa Securities apabila terdapat sebarang perkembangan penting.

-- BERNAMA