Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran kedai makan di Kampung Nibong, Dungun hari ini.

Muka tauke kedai makan melecur terkena api tong gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang pengusaha kedai makan melecur di muka dan kedua-dua belah tangan akibat disambar api tong gas memasak di premis perniagaannya di Kampung Nibong, di sini, hari ini.

Kejadian pada pukul 1.40 tengah hari itu berlaku sewaktu mangsa, Zuraidah Ngah, 50, sedang memasak menu jualan kedai makannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Yahaya Hanafi@Nasir berkata, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.44 tengah hari.

“Sewaktu kejadian, mangsa dikatakan sedang memasak menggunakan tiga tong gas petroleum cair (LPG) serentak. Salah satu tong gas memasak habis dan semasa mangsa menggantikan dengan tong baharu ia terbakar sebelum percikan api menyambar muka dan tangannya,” katanya hari ini.

Yahaya berkata, mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di