Beberapa gambar yang dikongsikan pengguna media sosial di Thread.

Tular video dakwaan dua individu terjatuh di KLIA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial beberapa rakaman memaparkan dua kejadian berasingan melibatkan individu yang didakwa terjatuh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi video-video tersebut, kedua-dua individu terbabit didakwa mengalami insiden jatuh di lokasi yang sama dalam kawasan lapangan terbang berkenaan, namun pada waktu yang berbeza.

Rakaman video pertama yang berlegar di media sosial memaparkan seorang wanita berbaju hitam terjatuh di kawasan KLIA 2 sekitar pukul 4 petang tadi.

Kemudian, satu lagi video tular memaparkan seorang lelaki juga terjatuh di kawasan yang sama, malam tadi.

Keadaan kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan ekoran tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa atau pengurusan KLIA berhubung kedua-dua kejadian tular.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang menzahirkan kebimbangan terhadap dua insiden tersebut yang dianggap luar biasa berlaku di kawasan lapangan terbang terbabit.

“Kalau betul dua insiden dalam satu hari, luar biasa ni. Kena perketatkan kawalan keselamatan,” tulis Hashim.

“Hari yang sama, tempat yang sama. Individu yang berbeza. Semoga kita semua dapatkan pertolongan dan sokongan jika perlu,” komen Nurul pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di