Tangkap layar video menunjukkan beberapa penumpang menyapu tangan mereka pada tayar bas lalu diletakkan pada hidung. - Threads

Penumpang cium tayar bas, petua elak pening 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beberapa penumpang di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila memberikan ‘ciuman’ pada tayar sebuah bas bagi mengelakkan ‘mabuk’ kenderaan semasa dalam perjalanan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dikongsi di platform Threads oleh akaun @emaknyaab menunjukkan beberapa penumpang menyapu tangan mereka pada tayar bas lalu diletakkan pada hidung, seolah-olah menghidu bau roda kenderaan itu. 

Mereka melakukannya secara bergilir dan percaya petua itu dapat mengelakkan pening atau mual semasa dalam perjalanan. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Sepatutnya beli ubat hilangkan mabuk naik kenderaan,” kata seorang netizen. 

“Sudah 2026 masih ada manusia seperti ini,”  kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di