KESAN pencemaran akibat tumpahan minyak dilaporkan berlakukan di pesisir pantai di sekitar daerah Mersing sejak minggu lalu. Foto IHSAN PEJABAT DAERAH MERSING

Tumpahan minyak cemari pulau, pesisir pantai Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Tumpahan minyak mencemari beberapa pulau dan pesisir pantai di daerah ini sejak minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kejadian itu mula dilaporkan di Pantai Twin Beach, Pulau Sibu pada 23 April kira-kira pukul 5 petang melalui sistem e-aduan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurutnya, sehari selepas itu, pihak JAS menerima maklumat daripada NGO Reef Check mengenai penemuan tompokan hitam sepanjang kira-kira 100 meter di sekitar perairan Pulau Rawa oleh nelayan tempatan.

“Pada hari yang sama aduan diterima daripada pihak Sea Gypsy Village Resort & Dive Base, Pulau Sibu dimana kawasan persisiran pantai itu juga terkesan dengan pencemaran tarball.

“Pada 26 April, JAS telah menerima aduan mendapati ada oil slick, oil sheen di persisiran pantai kawasan berbatu di Pulau Rawa. Selain itu juga terdapat tarball di pesisir pantai Pulau Tengah.

“Keesokannya, JAS turut mendapat aduan dari Setiausaha Majlis Daerah Mersing mengenai ketulan hitam seperti minyak ditemui di Pantai Tanjung Leman,” katanya dalam kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di