GAMBAR menunjukkan pemimpin Sweden Democrats, Jimmie Akesson. – AFP

Sweden turun umur minimum tanggungjawab jenayah kepada 14 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Parlimen Sweden kelmarin meluluskan penurunan had umur minimum tanggungjawab jenayah kepada 14 tahun, lapor agensi berita Anadolu yang memetik stesen penyiar awam SVT.

Langkah itu membolehkan kanak-kanak berumur 14 tahun dijatuhi hukuman penjara bagi jenayah berat termasuk kes pembunuhan, rogol serius dan kesalahan berkaitan senjata.

Cadangan itu diluluskan dengan 281 undi menyokong berbanding 66 menolak, manakala dua ahli Parlimen tidak hadir.

Kerajaan dan parti berhaluan kanan Sweden Democrats sebelum ini berusaha untuk  menurunkan had umur tersebut kepada 13 tahun, namun menarik balik cadangan itu selepas tiada sokongan  mencukupi di Parlimen.

Pemimpin Sweden Democrats Jimmie Akesson menyambut baik keputusan itu dan menyifatkannya sebagai ‘langkah yang betul’. – BERNAMA/ANADOLU 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN