Gambar hiasan.

Hospital Pontian siasat dakwaan wanita kena ‘sidai’ 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Hospital Pontian (HP) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang anak yang mendakwa kecewa dengan layanan diterima ibunya ketika mendapatkan rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan pada 16 Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, beliau sudah berhubung dengan Pengarah HP, Dr. R. Parameswaran bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.

Menurutnya, pihaknya masih belum dapat memberikan ulasan lanjut kerana menunggu laporan penuh daripada pihak hospital.

“Pihak HP sedang membuat siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan ringkas kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial mendakwa ibunya terpaksa menunggu kira-kira tiga jam setengah sebelum mendapat rawatan di Unit Kecemasan HP.

Menurut pengadu, dia membawa ibunya ke bahagian kecemasan kira-kira pukul 11.50 pagi selepas wanita itu mengalami bengkak pada bahagian kaki dipercayai berkaitan penyakit buah pinggang yang dihidapinya.

Katanya, selepas lama menunggu tanpa dipanggil, dia bertanya kepada kakitangan di kaunter berhubung keadaan ibunya, namun hanya diminta menunggu sehingga dipanggil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di