Tangkap layar video tular menyaksikan lelaki diserang sekumpulan individu di Seksyen 28, Shah Alam hari ini.

Dua lelaki diserang, ditetak sekumpulan individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua lelaki ditetak sekumpulan individu dalam kejadian di Seksyen 28, di sini, hari ini.

Kejadian itu tular menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang memaparkan serangan berkenaan.

Berdasarkan rakaman, kumpulan penyerang yang menaiki sebuah kereta dilihat meluru keluar sebelum menyerang seorang lelaki yang terbaring di atas jalan raya.

Seorang lagi lelaki turut ditetak sebelum kumpulan berkenaan melarikan diri dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua mangsa serta motif kejadian masih belum diketahui.

Pengesahan lanjut daripada pihak polis masih dinantikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di