Jindarat menerima pelbagai ugutan selepas melarang kemasukan pelancong dari Israel. - Jindarat / TV5

Zoo Thai haramkan pelancong Israel, rakyat Palestin masuk percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebuah zoo di pulau Koh Samui, Thailand menjadi sensasi internet apabila mengharamkan pengunjung warga Israel dan menawarkan kemasukan percuma kepada rakyat Palestin. 

Kejadian berlaku di Samui Exotic Park, baru-baru ini. 

Pemilik zoo dikenali sebagai Jindarat, 35, memfailkan laporan polis semalam terhadap sekumpulan pelancong warga Israel kerana mengganggu dan mengancam untuk mencederakan keluarganya serta membakar rumah dan zoo tersebut. 

“Pertelingkahan bermula selepas kumpulan pelancong itu berulang kali melanggar peraturan zoo termasuk enggan membayar yuran kemasukan, meminta bayaran balik dan berkelakuan yang dianggap membahayakan haiwan. 

“Saya nekad memasang bendera Palestin di dalam zoo dan melarang kemasukan pelancong dari Israel. Tindakan tersebut dibuat demi melindungi perniagaan dan kakitangan zoo, bukan untuk menimbulkan konflik dengan mana-mana warganegara,” kata Jindarat. 

Jindarat menambah, dia menerima beberapa ugutan selepas kejadian itu. 

“Mesej paling baharu diterima adalah ugutan untuk membakar zoo saya,” kata Jindrat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di