Mohd. Nizam (kiri) menghadapi lima pertuduhan memperdaya lima kontraktor di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Jurutera UniSZA didakwa perdaya 5 kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang jurutera awam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas lima pertuduhan menipu lima kontraktor membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM18,198.

Tertuduh, Mohd. Nizam Mohd., 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan lima kontraktor dengan mendorong mereka menyerahkan sejumlah wang atas alasan ia akan digunakan bagi tujuan pembelian peralatan, bayaran perkhidmatan serta sumbangan program atau kelab di UniSZA.

Bagaimanapun, dia didakwa mengetahui wang berkenaan bukan untuk tujuan yang dimaksudkan.

Kelima-lima kontraktor berkenaan didakwa didorong memindahkan wang berjumlah keseluruhan RM18,198 ke dalam akaun bank milik isteri Mohd. Nizam antara 2023 hingga 2024.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohd. Nizam dibebaskan dengan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di