Sultan Ibrahim. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Banjir Nepal: Agong gesa tindakan wajar Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menggesa Wisma Putra supaya mengambil segala tindakan sewajarnya susulan terdapat rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian banjir besar di Rasuwa, Nepal.

Menerusi hantaran di media sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini, baginda menitahkan supaya maklumat terkini mengenai keselamatan dan keberadaan mereka disalurkan kepada ahli keluarga masing-masing.

Sultan Ibrahim pada masa sama, turut mendoakan agar segala usaha menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia yang terjejas dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Saya mengikuti perkembangan tragedi ini sejak ia dilaporkan berlaku, semalam apabila melibatkan rakyat Malaysia.

“Saya juga menggesa Wisma Putra mengambil segala tindakan yang sewajarnya termasuk dalam menyalurkan maklumat terkini kepada ahli keluarga masing-masing mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terlibat,” titah baginda.

Menerusi hantaran tersebut, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam bencana itu.

“Seri Paduka Baginda berdua menitipkan doa berharap semua mangsa berada dalam keadaan selamat serta dipermudahkan segala urusan sepanjang menghadapi situasi berkenaan,” kata hantaran itu.

Kementerian Luar Negara dalam satu kenyataan hari ini melaporkan, seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar yang melanda daerah Rasuwa.

Menurut Wisma Putra, angka itu diperoleh berdasarkan maklumat terbaharu daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain yang berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di