Bekas Pengerusi TH yang juga seorang ahli politik dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan tiba di Mahkamah Putrajaya bagi proses permohonan reman hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

RCI TH: Bekas Pengerusi TH, KSP direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan institusi itu.

Perintah reman sehingga 2 September depan terhadap kedua-dua tokoh itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kedua-dua individu yang berusia 60-an itu tiba kira-kira pukul 9.30 pagi dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum di bawa oleh pegawai SPRM untuk permohonan prosedur reman.

Kedua-dua tokoh berkenaan tiba dengan keadaan tangan bergari serta berbaju lokap SPRM.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan kedua-dua tokoh berusia 60-an itu ditahan sekitar pukul 4 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM semalam.

Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan susulan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Sebelum ini bekas CEO TH direman tujuh hari sehingga hari ini untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI mengenai TH.

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.

SPRM telah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di