Jamal menunjukkan salah satu Proklamasi Kemerdekaan yang ada dalam simpanannya ketika ditemui di Kampung Serkat, Pontian semalam.

Jamal simpan ‘khazanah’ paling bernilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sebanyak 12 helai War­kah Pemasyhuran atau Pro­klamasi Kemerdekaan dalam pel­bagai bahasa yang dibeli de­ngan harga RM50,000 menjadi antara koleksi berharga di se­buah galeri antik di Kampung Serkat, di sini.

Jamal Ahmad, 60, berkata, ko­leksi dalam tulisan Jawi, Bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil itu dibeli di Kuala Lumpur pada 2016.

Katanya, dia pernah menerima tawaran RM100,000, namun menolaknya.

“Warkah itu merupakan salinan asal yang diedarkan kepada penghulu dan ketua masyarakat untuk memaklumkan kepada pen­duduk mengenai kemer­deka­an Tanah Melayu.

“Saya membeli salinan pertama dengan harga RM2,000 selepas pemiliknya kecewa apabila tiada pihak berminat menjadikannya sebagai bahan pameran,” katanya ketika ditemui di Galeri Antik Astana Wajo di sini.

Menurut Jamal, sebagai bekas guru, bahan tersebut mempu­nyai nilai sejarah yang tinggi dan sering dijadikan rujukan apabila tiba sambutan Hari Kebangsaan.

Tambahnya, dia mahu orang ramai khususnya generasi muda, dapat melihat sendiri bahan berkaitan sejarah kemerdekaan yang semakin sukar ditemui.

Selain Proklamasi Kemerde­kaan, Jamal turut menyimpan akhbar Malaya Merdeka yang di­terbitkan pada 31 Ogos 1957 serta piring yang memaparkan gambar Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Jamal berkata, dia mempu­nyai 500 koleksi barangan antik termasuk pinggan mangkuk, pakaian, motosikal, kereta, tin minuman dan kotak menyimpan rokok.

“Bagi barangan berkaitan kemerdekaan sahaja, terdapat kira-kira 100 jenis koleksi termasuk gelas, cawan, pinggan, majalah la­ma dan sampul surat hari perta­ma,” katanya.

Menurutnya, sebahagian ko­lek­si diperoleh daripada pe­ngum­pul bahan lama dan orang ter­dahulu, selain hasil penca­rian di beberapa lokasi termasuk Kepulauan Riau, Indonesia, Si­ngapura dan beberapa negeri di Malaysia.

Ja­mal berkata, Galeri Antik As­­tana Wajo diwujudkan bagi mem­beri peluang kepada orang ra­mai melihat sendiri koleksi ber­kenaan dan dibuka secara per­cuma.

“Galeri ini turut menerima kun­jungan pelajar institusi pengajian tinggi, pengkaji budaya dan individu yang berminat dengan barangan antik.

“Saya berharap koleksi ini terus dihargai kerana setiap satunya mempunyai kisah dan nilai sejarah yang mungkin tidak dapat ditemui lagi pada masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di