GAMBAR semalam menunjukkan ribut bergerak merentasi North Rim di Grand Canyon. – AFP

15 hilang banjir kilat di Grand Canyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON  – Kira-kira 15 orang dipercayai hilang selepas banjir kilat melanda Taman Negara Grand Canyon, kata Perkhidmatan Taman Negara dalam satu kenyataan semalam.

Klip video rakaman pengunjung  menunjukkan aliran deras air berlumpur di sepanjang laluan dan di bawah jambatan pejalan kaki  dengan  batang kayu  serta serpihan lain terapung di sungai yang melimpah, disertai  bunyi deruan  kuat.

“Banjir kilat  melanda kawasan Bright Angel Canyon dan Phantom Ranch  Sabtu lalu,”  kata perkhidmatan taman tersebut sambil menambah, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Arizona untuk memindahkan orang ramai dan mengesan individu hilang.

Terdahulu, perkhidmatan taman tersebut menyatakan, lebih 20 orang dipercayai hilang.

Banjir kilat  bermula kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan) itu disebabkan oleh hujan lebat di Dataran Tinggi Kaibab, katanya.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Setakat pagi semalam, seramai 62 orang telah dipindahkan, dan yang lain dijadualkan akan  dipindahkan.

Lebih banyak ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku sehingga hari ini yang berpotensi menyebabkan ‘banjir kilat tambahan’. – AFP,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di