Hero baharu sensasi Bollywood, Aahan Panday menuai perhatian ramai selepas dikatakan mempunyai akaun Instagram rahsia.
Apa yang lebih mengejutkan, netizen mendapati akaun tersebut mengikuti akaun model yang terkenal dalam Onlyfans.
Lebih menguatkan spekulasi bahawa akaun rahsia tersebut adalah milik Aahan adalah beberapa artis Bollywood turut mengikuti akaun tersebut.
Selepas menyedari perkara tersebut diperkatakan ramai, akaun rahsia itu dilihat tidak lagi mengikuti akaun model Onlyfans.
Biarpun belum ada kesahihan bahawa akaun tersebut milik Aahan, namun ramai yang percaya akaun tersebut adalah milik pelakon filem Saiyaara itu.














