KUCHING City terus menyerlahkan kemampuan sebenar untuk pastikan kemenangan keempat dalam aksi Liga Super musim ini.

Liga Super: Ngah Wanja lakar nama selaku hero Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

MELAKA – Satu layangan kad merah dan dua gol pada masa kecederaan babak kedua mewarnai aksi Melaka FC dan Kuching City di Hang Jebat, sebentar tadi.

Sikap tidak putus asa menjadi antara kekuatan utama Kuching City yang memastikan tiga mata mutlak selepas kalahkan tuan rumah 2-1 sekali gus kekal berada dalam kelompok atasan Liga Super.

The Cats yang hadir dengan misi untuk memburu kemenangan keempat berjaya tampil dengan aksi terbaik dan hanya memerlukan 22 minit untuk membuka jaringan menerusi Jerome Etame.

Selain mencipa peluang, tuan rumah juga turut berjaya bertahan dengan baik sekali gus menyaksikan babak pertama berakhir 1-0.

Kira-kira 11 minit selepas aksi bersambung, Kuching City berdepan situasi sukar apabila Yuki Tanigawa dilayangkan kad merah.

Walaupun memiliki kelebihan pemain, Melaka FC terpaksa menanti sehingga minit ke-92 untuk meledak gol penyamaan menerusi Do Dong-hyun namun keceriaan itu sekadar bertahan empat minit, menyaksikan Ronald Ngah Wanja menghasilkan gol kemenangan The Cats.

Sementara itu, aksi di Stadium Tuanku Syed Putra menyaksikan Star City sekadar terikat 1-1 dengan Terengganu.

Star City terlebih dulu berada di depan menerusi Douglas Oliveira pada minit ke-56 tetapi keceriaan itu hanya bertahan 21 minit, menyaksikan Romel. Morales menghasilkan gol penyamaan buat Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN