PEMAIN warisan negara, Brap Tapp (kanan) kelihatan ceria untuk sertai latihan pertamanya bersama skuad Harimau Malaya.

Tiga pengganti jadi taruhan Cheng Hoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe terpaksa melakukan tiga perubahan selepas ambil keputusan menggugurkan Sergio Aguero, Romel Morales dan Faris Danish Asrul.

Sebagai ganti, barisan kejurulatihan sudah pun menilai pelbagai aspek sebelum menyenaraikan Harith Haiqal Adam Afkar, Syahir Bashah dan Paulo Josue.

“Kita ada 23 pemain dimana ada tiga pemain mengalami kecederaan dan kita terpaksa melakukan pertukaran. Pemain tersebut adalah Faris Danish, digantikan dengan Harith Haiqal, Sergio Aguero kita ganti dengan Syahir Bashah, dan Romel Morales kita ganti dengan Paulo Josue.

“Yang lain kita pun harap dalam keadaan yang terbaik. Barisan kejurulatihan ambil masa untuk mencari pengganti yang tepat dan kami tahu pemain yang menggantikan mereka ini sudah bersedia.

“Syahir Bashah mungkin pertama kali dengan pasukan kebangsaan namun dia lakukan tugas dengan baik bersama Selangor. Kami beri peluang kepada semua dan harap mereka boleh beri impak,” katanya.

Malaysia yang kini di ranking ke-136 dunia akan membuka saingan Piala ASEAN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berdepan pasukan ranking ke-181 dunia, Bangladesh di Gelora Bung Karno, Jumaat ini diikuti Indonesia, Isnin ini sebelum melengkapkan aksi Kumpulan A menentang Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung (1 Oktober).

Juara Kumpulan A dan juara Kumpulan B bakal berentap pada aksi Final di Gelora Bung Karno pada 5 Oktober manakala naib juara setiap kumpulan akan bertemu untuk penentuan tempat ketiga di venue dan hari yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN