Azalina ketika ditemui pemberita pada Program Literasi Akta Antibuli 2026 (AKTA 876) dan Peranan Tribunal Bagi Antibuli (TAB) di Maktab Tentera Di Raja (RMC) Sungai Besi hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

Negeri pun ada perlembagaan, pusat pun ada – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, kerajaan Persekutuan dan negeri masing-masing mempunyai kerangka perlembagaan dan undang-undang yang tersendiri.

Beliau berkata, sehubungan itu, sebarang perkara yang berbangkit wajar ditangani berlandaskan peruntukan undang-undang serta tatacara yang berkaitan.

“Dalam perlembagaan kita, apa yang boleh dan tak boleh buat ialah negeri dengan pusat. Kita kena menghormati negeri, dia ada undang-undang di sini dan dia ada Perlembagaan dia. Pusat pun ada Perlembagaan kita. Jadi benda ini berlainan.

“Adat Temenggong ini lain dengan isu Adat Perpatih. Ini menjadi keutamaan bila orang nak faham. Dan keduanya, Negeri Sembilan ada Undang-Undang Tubuh Negeri. Kalau kita terlebih-lebih mengulas, dan saya tak ada kepakaran, saya rasa pun kita tak boleh mengelirukan orang awam. Mungkin pakar boleh mengulas lah, tapi saya bukan pakar. Johor saya boleh cakap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Literasi Akta Antibuli 2026 (Akta 876) dan Peranan Tribunil Bagi Antibuli (TAB) di Maktab Tentera Diraja (RMC) di Sungai Besi di sini hari ini.

Azalina berkata diminta mengulas mengenai kenyataan 10 bekas presiden Majlis Peguam menggesa kerajaan Persekutuan campur tangan dan menyelesaikan kemelut Perlembagaan berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menerusi kenyataan itu, mereka menyifatkan perkembangan terbaharu membabitkan Tuanku Muhriz itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap sistem raja berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sepuluh peguam tersebut ialah Datuk Mah Weng Kwai, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, Datuk Yeo Yang Poh, Datuk Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan, Datuk Lim Chee Wee, Christopher Leong, Datuk George Varughese, Salim Bashir dan Karen Cheah Yee Lynn. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di